Tuesday, December 22, 2009

Sifat Redha

Sifat Redha

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

  • Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
  • Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.

Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )

Redha Dengan Rezeki Yang Ada :

Di dalam konteks redha pada menerima ketentuan Ilahi, juga termasuk redha ( qana'ah ) menerima rezeki yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. banyak atau sedikitnya.Didalam sifat qana'ah dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya sederhana dan berhati puas ( qana'ah ) menerima segala pemberian Allah ".
( Riwayat Muslim )

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Berbahagialah siapa yang ditunjuki ke dalam Islam, penghidupan yang sederhana dan qana'ah ( merasa dengan pemberian Allah ".
( Riwayat Tirmidzi )

Merasa cukup , puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah s.w.t. termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Bukannya kekayaan itu kerana banyaknya harta, kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa ".
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Mengharapkan Redha Ilahi :

Sebagaimana mahabbah bertujuan agar memperolehi kasih dan cinta Ilahi maka demikianlah juga sifat redha bertujuan memperolehi redha Ilahi .

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah : Ayat 8 )

Dan firman Allah s.w.t. lagi tentang orang-orang yang membelanjakan harta semata-mata untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Mereka yang menafkahkan hartanya kerana ingin jadi bersih. Padahal tiada padanya budi yang patut dibalas.Melainkan semata-mata kerana hendak mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.Dan Tuhannya pun redha kepadanya". ( Surah Al-Lail : Ayat 18-21 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
" Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji . Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah s.w.t. pun murka kepadanya".
( Riwayat Tirmidzi )

Redha Kepada Keluarga Dan Anak-Anak

Redha kepada keluarga dan anak-anak yang merupakan amanah yang wajib dipikul oleh setiap individu Muslim yang mana redha dan sabar perlu seiring di dalam membentuk baitu Muslim dan generasi Rabbani yang memerlukan suatu pengorbanan yang besar.

Begitu juga bagi anak-anak di dalam menghormati ibubapa seperti yang disebutkan di dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa ".
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Dan Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Ibnu Abbas r.a. :
" Jika kamu sanggup beramal kerana Allah dengan redha berserta yakin maka lakukanlah. Tetapi jika kamu tidak sanggup , maka sesungguhnya kesabaran atas sesuatu yang tidak menyenangkan itu ada kebaikan yang banyak".

Redha Membawa Nikmat dan Bahagia

Redha Ilahi yang diperolehi orang yang redha kepada Allah s.w.t. itulah nikmat dan merupakan kunci kebahagiaan yang sejati .Sesiapa yang diredhai Allah s.w.t. , pastilah dia akan diberikan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat . Lalu mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku".
( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30 )

Berkat redha itulah maka di dunia akan mendapat ketenangan jiwa dan di akhirat akan memperolehi kebahagiaan yang kekal untuk selama- lamanya. Redha mengakui bahawa Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai Agama yang benar dan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir , maka itulah asas kemanisan iman yang membawa erti yang besar dan keuntungan yang besar bagi orang yang redha kerana merasakan kelazatan rohani.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Merasakan kemanisan iman , siapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama Muhammad sebagai Rasul ( Utusan ) ".
( Riwayat Muslim )

Rujukan Dari : Taqarrub Kepada Allah.

Saturday, December 19, 2009

Kisah hidup aku hari ne...

Assalamualaikum...
hari ne..aku rasa sedih...x tau nape perasaan ne mengusai diri ne lagi..munkin,kerana aku da jauh dengan Allah baru2 ne...tapi aku masih bernasib baik sebab sedar akan diri ini..."kenapa mesti kita sayang orang tu, sedangkan orang tu x pernah pun endahkan kita."Itulah kata2 yang membuat aku sedar, bahawa aku telah mengecewakan dia...bukan dia je...tapi semua orang yg ade di sekeliling aku...

Herm...ape la nak jadi aku ne...pekse gagal, mcm ntah lar...aku da makin teruk sekarang ne...
Aku nak cari jalan balik...adalah aku ne jauh snagat dari Allah...atau aku ne byk sangat wat dosa x nampak..

Ya Allah bantulah aku kejalan yang benar...Jalan yg kau redhai...

Jadikan ini sebagai iktibar...

Menurut majalah MANAR ISLAM,Mesir, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata..
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.
"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam
seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatassegalasesuatu.
~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~- ~-~- ~-~ -~
Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. pabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

INGAT!!!ALLAH BAYAR CASH SEKARANG.....
BERSEDIALAH DENGAN APA YANG KITA KERJAKAN...

Wednesday, October 7, 2009

Jemaah Gerakan Islam Lemah???

Posting kali ini saya ingin menyentuh satu perkara yang amat penting untuk meneruskan perjalanan dakwah Islam. Jamaah atau Gerakan Islam yang kuat perlu memiliki anggota dan ahli jamaah yang kuat juga. Namun di sana ada beberapa perkara yang boleh membantutkan perjalanan dakwah itu sendiri.

Insya-Allah saya akan menyentuh tentang perkara yang melemahkan organisasi dakwah dari sudut ahli. Menurut Sheikh Fathi Yakan dalam bukunya " Al-Mutasaaqituuna 'alaa thoriiqu al-da'wah, kayfa wa limadza??", beliau menggariskan beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang ahli itu gugur dari jalan da'wah atau gugur dari meneruskan kerja-kerja da'wah dan menegakan Islam. Antara sebab-sebab gugurnya seorang anggota Gerakan Islam itu dari jalan dakwah dan perjuangan Islam ialah adalah seperti berikut :

1) Tabiie' yang tidak Tetap (Tindakan)

Ramainya orang yang mudah tertarik kepada mana-mana Gerakan Islam atau mana-mana pertubuhan dakwah oleh kerana sebab tarikan suasana atau sesuatu sebab, lantas individu itu menyertai gerakan Islam. Namun apabila mereka sedar tidak dapat mengikuti dasar, tarbiyyah dan disiplin gerakan Islam itu, serta hilang kecocokan dengan jiwanya seterusnya tidak patuh kepada disiplin Gerakan Islam, maka mereka pun meninggalkan kerja-kerja Gerakan itu atau keluar terus dari jamaah dengan menyertai pertubuhan yang lain atau meninggalkan terus medan perjuangan .

(1.1) Ada orang yang tidak dapat tunduk kepada peraturan, disiplin juga tarbiyyah yang ditetapkan oleh jamaah dan gerakan Islam, apabila dia mula merasakan kesusahan itu, maka dia pun mula berusaha untuk mencari "pasal" untuk membebaskan dirinya dengan mencipta alasan-alasan agar dirinya tidak terbabit dengan tarbiyyah, disiplin dan peraturan Jamaah Islam yang dirasakan menyusahkan dirinya.

(1.2) Ada juga ahli Jamaah yang tidak dapat menerima "penyerapan" dirinya ke dalam binaan jamaah Islam, dengan itu dia berusaha untuk mengekalkan keperibadiannya, contohnya bila seseorang ahli jamaah itu asalnya pernah menjadi ahli gerakan sekular, maka dia cuba mengekalkan kesekularannya. Orang seperti ini apabila menyedari bahawa "stail"nya akan mungkin terserap dan pendapatnya tidak dapat diterima pakai maka dia juga akan mencari-cari alasan untuk membebaskan dirinya dari Jamaah Islam, samada dia meninggalkan kerja-kerja jamaah atau keluar terus dari Jamaah Islam itu sendiri.

2) Bimbang berlaku sesuatu ( MUDHORAT) keatas diri sendiri, dan Pendapatan

Kematian, kesusahan, kemiskinan, ditangkap dan dipenjara, dibuang kerja dan sebagainya adalah sangat memberi kesan kepada diri manusia. Perasaan takut seperti yang saya sebutkan tadi boleh membantutkan dan memberhentikan kerja-kerja dakwah dan kerja-kerja berjuang melawan kekufuran rejim sekular yang menggunakan kuasa untuk menyekat kemaran Jamaah Islam dengan menyekat kehidupan sesiapa sahaja yang menentang mereka. Perasaan ini juga boleh membibitkan lemah semangat untuk terus bergiat dan bekerja dalam jamaah dan gerakan Islam.

Syaitan memainkan peranannya menghalang orang-orang mukmin, menghalang jentera-jentera dakwah ( al-'aamiliin ) dan pendakwah ( du'aat ) dan syaitan juga akan membisik dan menakut-nakutkan mereka dengan menjanjikan harapan harta kepada mereka, tetapi pada hakikatnya janji syaitan adalah palsu belaka.

Syaitan pula ada dua jenis, terdiri dari jin dan manusia, syaitan dari jenis jin membisikkan agar anggota jamaah itu meninggalkan gerak kerja jamaah dengan melihat kepada habuan harta, maka anggota jamaah yang lemah ini terus terbayangkan dalam mindanya dan berfikir " betul jugak ye..berjuang tak dapat apa pun, kena maki ada laa.., kalau keluar meniaga kaa..boleh buat duit.." atau " isshh.! kalau aku terus duduk dalam Jemaah, tak pasal2 lak nanti, aku kena buang kerja pulak..!!!"

Namun ada satu lagi "syaitan kabir", syaitan dari kalangan manusia, iaitu manusia-manusia yang bersatu di bawah payung sekular melawan Gerakan Islam, mereka ini menggunakan kuasa ekonomi dan politik untuk menyekat kemaraan gerakan Islam dengan mengugut atau menyogokkan harta kekayaan kepada anggota jamaah yang lemah iman dan tarbiyahnya, maka anggota yang lemah iman dan tarbiyah itu secara perlahan-lahan menyahut seruan syaitan dan menjadikan harta adalah segala-galanya dan terus meninggalkan perjuangan Islam. Situasi ini telah Allah gambarkan di dalam Al-Quran. Firman Allah Ta'ala dalam surah Ali-Imran yang bermaksud;
" Jika kamu beroleh kebaikan, nescya mereka ( golongan yang menolak Allah dan Rasul-Nya) akan bersedih hati, akan tetapi jika kamu mendpat bencana ( kesusahan ) maka mereka berasa gembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa ( takut kepada Allah ) nescya tipu daya mereka sedikitpun tidak akan mendatangkan kemudharatan kepada kamu, sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.." - Surah Ali-Imran ayat 120
Firman Allah lagi dalam surah Al-Fath yang bermaksud;
" ( Orang-orang badwi yang tidak turut ke Hudaibiyyah) akan mengatakan;" harta-harta dan keluarga kami telah merintangi kami", mereka mengucapkan denga lidahnya apa yang tidak ada di dalam hatinya, katakanlah "maka siapakah yang dapat menghalang kehendak Allah jika dia menghendaki manfa'at bagimu, sebenarnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan" - Surah al-Fath ayat 11
3) Sikap Melampau

Sikap melampau juga menjadi sebab keciciran anggota gerakan Islam. Anggota jemaah dan gerakan Islam yang cuba bertindak dan melakukan sesuatu yang lebih dari keupayaannya seterusnya tidak apat menerima sikap sederhana biasanya akakn menghadapi masalah jiwa dan masalah kepercayaan. Anggota jamaah seperti ini samalah keadaannya seperti seorang yang cuba belayar merentasi lautan yang bergelora dengan seberapa cepat dan segera sedangkan dia hanya menggunakan rakit buluh dan bukannya speed boat. Maka akibatnya ialah, rakitnya itu tadi musnah dilanda ombak dan tidak sempat sampai kepada tempat yang ditujunya.

Sesungguhnya jiwa manusia adalah bersifat lemah. Jiwa manusia boleh memikul ( untuk melaksanakan ) perkara-perkara yang diazamkan pada suatu ketika. Tetapi dimasa yang lain dia tidak mampu memikulnya. Kemudia pada satu masa yang lain dia akan mempunyai kesediaan untuk memikul suatu tugas namun yang demikian manusia itu tidak mampu untuk memikul semua tugas padasatu masa sekaligus.

4) Ambil Mudah

Sama juga seperti sikap melampau, sikap ambil mudah juga menyebabkan seseorang anggota jamaah Islam itu gugur daripada malksanakan tugas.

Anggota jamaah yang bersikap ambil mudah dalam mengerjakan perintah Allah Ta'ala dan dalam kesungguhannya dengan hukum-hukum syara' akan mendpati diri mereka mengambil mudah dalam semua perkara, tidak kira perkara itu kecil atau besar, penting atau tidak, perlu disegerakan atau tidak. Mereka ini akan membiarkan nafsu yang dipimpin oleh syaitan menguasai diri dan jentera-jentera gerakan Islam. Ada satu Sya'ir arab menyebut;
" Janganlah kamu memandang remeh perkara kecil
Sesungguhnya gunung-ganang itu terbina dari batu-batu halus"

Oleh itu anggota-anggota jamaah Islam yang bekerja menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini, yang bekerja menurut dasar dan landasan Islam hendaklah menjauhkan diri dari sikap "memandang mudah kerana ia merupakan perencanaan syaitan kepada jiwa manusia. Sebalinya semua perkara mestilah di anggap penting dan mesti dilaksanakan agar segala usaha dan kerja-kerja jamaah yang lebih besar akan dilaksanakan dengan lebih bersemangat.

5) Tertipu dengan Kedudukan, dan sikap nakkan populariti

Penyakit ini juga menjadi sebab gugurnya seseorang anggota Jamaah itu dari jalan dakwah. Penyakit ini amat merbahaya, ia akan merosakkan para pendakwah sama sekali. Kedudukan dalam jamaah boleh menjadi punca fitnah terhadapnya dengan merasa dirinya "mulia" dari anggota-anggota jamaah yang lain. Akibat sikap merasa dirinya mulia inilah akhirnya menyebabkan segala tanggungjwab dan kerja yang diamanahkan kepadanya tidak kerana Allah tetapi haya untuk meraih publisisti dan populariti dari kebanyakan anggota jamaah.

Yang dia mahu bukanlah berusaha untuk mencapai maksud dasar jamaah untuk menegakkan Islam tetapi mahu dilihat hebat dan mahu anggota-anggota jamaah yang lain seolah-olah amat-amat memerlukan dirinya dan sterusnya menyanjunginya.

Maka dia akan menjadikan kedudukannya sebagai platform menjual namanya agar dapat dikenang sebagai pejuang. Kesan dari sikap inilah akhirnya dia tidak ikhlas dalam bekerja dan tidak ikhlas dalam berjamaah. Oleh kerana tidak ikhlas maka ini, maka amalan mereka tergantung dan secara tidak langusng akan menghapuskan pahala dan mengurangkan keberkatan dalam berjemaah.

6) Sikap Cemburukan ahli Jemaah yang lain

Cemburu juga adalah antara sikap yang boleh menyebabkan seorang anggota jamaah itu meninggalkan kerja jamaah bahkan boleh meninggalkan terus perjuangan jamaah menegakkan Islam.

Anggota-anggota yang menganggotai jamaah Islam terdiri dari berbagai-bagai jenis manusia yang memiliki berbagai-bagai persediaan dan keupayaan baik dari segi akhlak dan sahsiyyah, jiwa, semangat, ilmu dan pemikiran. Kepintaran, keilmuan, kebolehan menulis dan berpidato, berceramah, berkuliyah adalah berbeza. Perbedaan di antara anggota jamaah inilah yang menyebabkan berlaku perbezan di antara anggota jamaah, berbeza dari segi tingkah laku, sikap dan kemahirannya.

Namun perasan cemburu menyebabkan anggot-anggota tertentu mengambil tindakan dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Sesetengah dari mereka menghadapi tekanan perasaan yang diransang dari luar jamaah atau anggota-anggota yang juga mempunyai sikap cemburu sepertinya terutamanya jika anggota yang mempunyai sikap cemburu ini di kalangan pimpinan dari sayap kanan jamaah, diransang pula oleh pengikut2nya yang juga cemburu dengan pimpinan Utama Jamaah contohnya,
maka cemburu dan ransangan seperti ini pula akan menimbulkan keinginan untuk membalas dendam atau merampas kuasa di dalam diri mereka terhadap anggota-anggota yang mereka rasakan menjadi pengahalang dan menjadi sebab kegagalan mereka.
Jika ini berlaku, maka ia adalah bermaksud segala akhlak dan nilai mulia akan hancur, kerana anggota yang berkenaan bersedia melakukan apa sahaja bentuk tindakan untuk merosakkan orang yang dianggap sebagai musuhnya yang utama itu. Maka di dalam hatinya akan sentiasa merasa tidak tenteram dan tidak tenang selagi mana dendamnya itu tidak dapat dibalas.

Rasulullah S.A.W seringkali melarang sikap cemburu dan dengki ini. Terdapat banyak hadith-hadith yang melarang sikap ini. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiyallu 'Anhu bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud;
" Jauhilah kamu dari berperasangka (zhan) kerana perasangka itu merupakan cerita yang paling dusta, janga kamu mencari rahsia, mengintip, berdengki, marah memarahi( caci maki ) dan mengumpat. Hendaklah kamu semua menjadi bersaudara kepada seorang muslim yang lain. Taqwa adalah disini, taqwa adalah disini...!!! , (baginda menunjukkan tangan ke dadanya). Cukuplah bukti yang seorang itu jahat apabila menghina saudaranya yang muslim, setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram darahnya, maruahnya dan harta bendanya.."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Dari Damrah bin Tha'labah radhiyallahu 'Anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya;

" Manusia itu tetap baik selagi mana mereka tidak berdengki"
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani) . Wallau a'lam

Monday, August 24, 2009

Bismillah ir Rahman ir Rahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam kepada rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Jumpa lagi kita dalam blog ne...Ana x mo cite lg ttg couple..bende tu byk sgt versi hukum dan ana bukanlah seorg ulama @ ustaz...ana hanyalah seorang mujahideen biasa yang ingin menegakkn agama Allah dimuka bumi ini shj.

Apa yang ana nak sampaikan, ttg dakwah..kelebihan2 berdakwah...ramai org da tau ttg dakwah ne...n mnkn pembaca pun da faham sgt akan apa itu dakwah..ana x nak lar menyampaikan mesej yang panjang lebar ttg kelebihan dakwah ini....aada sebuah hadis yang mafhumnya cam ne lar, "seorang malaikat itu boleh mengira titisan air hujan sejak turunya Nabi Adam a.s sehingga tibanya hari kiamat, tetapi malaikat itu tidak dapat mengira seberapa banyak pahala yang ada pada seorang pendakwah" Para pembaca,drpd hadis ini je kita dapat lihat apa kelebihan lain yg dapat kita peroleh dari berdakwah...

logik akal la...klu Rasulullah itu berdakwah dgn sambil lewa @ tak berdakwah lgsg, hanya utk baginda je...agak2 la..kita ne nama ape yek???agama ape???inilah kelebihan dakwah...ianya perlu diteruskan bagi menjamin kesejahteraan Islam dan tertegaknya kalimah LaillahaillAllah..supaya generasi @ keturunan kita hingga ke hari kiamat, akan kekal Islam yang benar bukan yg plastik....

Fikir2kn lah...
Dakwah is Muslims responsibility....
sekian...
wassalam..

Tuesday, July 28, 2009

kisah disebalik diri aku....

assalammualaikum...
hye...aku x tau nape aku rase diri aku teruk sangat hari ne...
ntah ape yang mengusutkan fikiran aku ne...herm..ape yang aku rase..
aku bak bina kehidupan baru...aku rase aku ade masalah dari segi perasaan je..
lain2 tu...xde kot..aku buntu sebenarnye...antara kemanusiaan,atau cinta...
aku slalu mimpi aku membunuh diri aku yang satu lagi..
aku x faham ape yang berlaku...Jama' kataaku terlalu emo dan mengikut gerak hati,
sampai aku x nak hiraukan diri aku...oh aku x faham...sifat kemanusiaan yang melampaui batas????pelik....aku benci!!!!!!!!!!!kenapa aku ditakdirkan macam ne????susanye nak kawal perasaan...kenapa la aku ne emo????Ya Allah...Bantulah aku.........

Thursday, June 4, 2009

Tanggungjawab Dakwah....SIAPA????

Bismi-llah ir-Rahman ir-Rahim...

Muslimin yang dirahmati Allah...

Apabila disebut perkataan dakwah, seringkali terbayang dalam fikiran kita seorang a'lim yang mempunyai ilmu agama memberikan kuliah mengajarkan kepada orang lain berkenaan Islam. Gambaran dakwah seperti ini adalah satu gambaran sempit yang memberi makna bahawa menjalankan usaha dakwah adalah khusus kepada orang yang mempunyai ilmu agama semata-mata. Justeru, golongan agama dan ulama selalu dibebankan dengan permasalahan dan penyebaran dakwah. Hakikatnya, pemikiran dan tanggapan seperti ini langsung tidak menepati semangan dan ruh dakwah itu sendiri. Bebanan dan gerak kerja dakwah yang mulia ini merupakan tugas yang bukan sahaja mesti dipikul oleh ahli agama, bahkan terpikul atas bahu semua umat Islam yang mengsyahadahkan bahawa tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad S.A.W itu utusan Allah.

Muslimin dan Muslimat yang berbahagia,

Tanggungjawab memperkenalkan dan menyampaikan ajaran Islam dengan wajahnya yang tulen kepada manusia sejagata adalah tugas hakiki yang mesti dijalankan dengan penuh kesungguhan oleh semua umat Islam. Terdpat banyak dalil yang menyentuh persoalan dakwah dan tanggungjawab umat Islam dalam menjayakannya, antara firman Allah S.W.T dalam surah al-Imran(3) ayat 104 , maksudnya, "Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan(mengembangkan Islam)dan menyuruh segala perkara yang baikserta melarang daripada segala yang salah(buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian,ialah orang2 yang berjaya."

Ayat ini secara jelas menyatakan perintah Allah supaya umat Islam membentuk diri mereka dan menjadi umat atau kelompok manusia yang sentiasa menyeru kepada kebaikan iaitu Islam, manusia yang sentiasa menyeru kepada yang maaruf dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran, Inilah dia elemen penting yang terkandung dalam gerak kerja dakwah yang dijalan dan dipaksikan kepada kekuatan keimanan kepada Allah S.W.T. Tanpa paksi iman, penghayatan terhadap dakwah akan menjadi hancur dan luluh seperti rapuhnya iman dan luluhnya taqwa kepada Allah S.W.T. Dalam hal ini, tugas dakwah yang dirintis oleh seseorang Muslim bukan sahaja satu usaha untuk menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat, bahkan ia merupakan terjemahan kepada ketinggian keimanannya kepada Allah S.W.T Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda dalam hadisnya diriwayatkan Abi Hurairah r.a...,ertinya, "Sesiapa diantara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya(kuasa yang ada pada seseorang), jika dia tidak mampu, maka ia ubahlah dengan lidahnya, jika tidak mampu, maka gunalah hatinya(dalam membenci dan tidak meredhai berlakunya kemungkaran itu) dan yang demikian selemah-lemah iman."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menyatakan langkah-langkah yang patut diambil oleh seseorang Muslim dalam usahanya mencegah kemungkaran. Ia juga secara jelas menunjukan persoalan iman yang berkaitan rapat dengan dakwah. Kemampuan seseorang dalam mencegah kemungkaran ialah salah satu unsur penting dalam dakwah. Ia adalah ukuran keimanan kepada Allah S.W.T. dalam menghadapi masyarakat Islam yang sedang diselubungi dengan kerosakan akhlak disebalik kilauan kemajuan dan ketamadunan yang mempesonakan. Walaupun, kita sering mendabik dada dan berasa megah kerana kita berasa selesa dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, kita perlu beringat bahawa sesuatu kemajuan yang dicapai ini tidak bermakna dan tidak boleh dibanggakan jika celahannya tersusun seribu satu keruntuhan akhlak serta terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakatnya. Hari demi hari, keadaan umat islam tidak menunjukkan kemajuan dari segi penghayatan agamanya dan ini boleh mengundang kekhuatiran dan kebimbangan kepada mereka yang mengambil berat dan prihatin atas nasib umat ini. Gejala-gejala asing yang buruk yang entah dari mana asal-usulnnya telah menjadi amalan masyarakat kita.

Gaya hidup manusia yang mendaulatkan keduniaan dan bertuhankan hawa nafsu semata-mata telah menyimpang jauh daripada prinsip keTuhanan yang satu. Punca kepada masalah ini adalah daripada kegagalan semua lapisan masyarakat dalam menggalas tugas sebagai da'ie. Ini termasuklah kegagalan individu, institusi keluarga, dan institusi masyarakat dalam membimbing dan mendidik anggota masyarakat berpandukan ajaran islam dan kecuaian pihak-pihak yangberwajib menyediakan persekitaran yang membenihkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Kecuaiyan dan kelesuan dalam menghayati dakwah inilah yang membawa kesan negatif kepada umat keseluruhannya. Oleh yang demikian, semua umat Islam perlu sama-sama bangkit dari kelesuan ini. Seterusnya menyusun usaha dalam menghayati dan melaksanakan tugas dakwah dengan penuh ikhlas dan mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Muslimin dan Muslimat yag dirahmati,

Adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim tidak mengira kedudukan dan gelaran menjadikan dakwah sebagai agenda hidup yang paling penting. Semangat dan ruh seperti inilah yang menyerap dalam urat nadi dan hembusan nafas generasi awal islam hasil didikan langsung daripada Rasulullah S.A.W. Mereka menjadi umat yang terbaik dalam sejarah umat manusia kerana keimanan yang teguh dan ketinggian penghayatan terhadap dakwah dan riisalah Nabawi. Akhirnya, saya menyeru diri sy termasuk pembaca-pembaca, marilah kita menanam azam dalam diri kita untuk menjalankan usaha dakwah dan tidak mencuaikan agar kita sentiasa berada dalam rahmat allah S.W.T. yang amat luas dan terhindar daripada laknat Allah S.W.T. yang amat berat siksanya...
WalaAllahualam...

Tuesday, May 19, 2009

renung2kan lah....

fahamilah pantun seloka ini...:)

Ingatlah wahai umat...

http://www.youtube.com/watch?v=0uuuSGkptYA
ingatlah...
jauhilah zina..
kerana zina itu merosakkan...
Ingat...
Cinta yang benar sebenarnya..
Cinta yang Hakiki...
Cinta yang Sejati...
Adalah Allah semata-mata...
ingatlah..
jika Anda seorang islam...

Tidur waktu khutbah

http://www.youtube.com/watch?v=3Xvv30h7XAg
http://www.youtube.com/watch?v=TioxvrIJB1M

Doa Rasulullah mengharap cinta Sejati....

Atha' Ibn Saib meriwayatkan daripada ayahnya: Suatu hari Ammar Ibn Yasir solat bersama kami, dia memendekkan solatnya, kami bertanya kepadanya, kenapa kau pendekkan solat wahai Abu Yaqdhan? Tidak ada dalil yang menghalangi diriku memendekkan solatku? Sebab aku ingin berdoa seperti doa yang pernah aku dengar daripada Rasulullah saw. Tatkala Ammar Ibn Yasir selesai berdoa, salah seorang sahabat mendekati dirinya seraya bertanya bacaaan doa, yang pernah didengarnya daripada Rasulullah saw. Ammar Ibn Yasir menjawab: Aku pernah mendengar Rasulullah saw melantunkan doa:

"Allahumma bi Ilmika al-Ghoibi wa Qudrotuka 'ala al-Kholqi Abyiniy ma Alimt al-Hayah
Khoiron Liy wa Tawaffaniy ma Alimta al-Wafaata Khoirun Liy. Allahumma Inniy
As'aluka Khosyataka fil Ghoibi wa asy Syahadah wa As'aluka kalimatal Haqqiy fi ar
Ridloh wal Ghodlob wa As'alukaal-Qosda fi al-Ghinaa wa al-Faqr wa As'aluka
Na'iiman La Yubda wa Qurrota A'inin La Tanqoti' wa As'aluka al-Ridloh Ba'da
al-Qodlo' wa Barodul Aisy Ba'da al-Mauti wa As'aluka an Nadlor ila Wajhika al-Kariim
wa Syauqon ilaa Liqoo'ika fi Ghoiri Dlorro'in Mudlirotin wa Laa Fitnatin Mudlillatin.
Allahumma Zaiyyinaa Bi Ziinatil Iimaan. Allahumma Ij'alana Hudaatun Muhtadiina"

(Wahai Allahku dengan keghaiban ilmuMu. dengan kekuasaanMu atas segenap ciptaanMu. Hidupkanlah diriku dengan kehidupan yang baik menurutMu, dan matikanlah diriku dengan kematian yang baik menurutMu. Wahai Allahku, kurniakan kepadaku rasa takut kepadaMu, baik dalam keadaan samar mahupun terang. Aku memohon kepadaMu perkataan yang benar dan lurus disaat marah dan reda, Aku mohon kepadaMu, kewujudan tujuan disaat miskin dan kaya. Aku mohon kepadaMu anugerah nikmat yang tiada pernah habis. Aku pinta kepadaMu permata hati yang tidak terputus. Aku mohon kepadaMu perasaan rela menerima ketentuan takdirMu, serta kedinginan(kedamaian) hidup selepas kematian. Aku mohon kepadaMu supaya mampu melihat wajahMu yang Mulia, serta kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa ada yang menghalang diriku. Aku mohon kepadaMu agar tidak ada hujaman fitnah yang memayungi hidupku. Wahai Allahku rahmatilah diriku dengan kebaikan iman, hiasilah diriku dengannya. Wahai Allahku berilah ak petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah kau beri petunjuk)

SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL!!!!
^_^

Monday, May 18, 2009

Syair Sang Sufi

Aku capai hakikatMu dalam rahsia hati
Lalu lisanku berbisik memanggilMu
Kita kumpul kerana pelbagai makna
Jika keghaibamMu dari kerdipan mataku
Hanyalah kerana keagunganMu
Namun Wajd telah menjadikanMu
Begitu sangat dekat dengan diriMu

Saturday, May 16, 2009

Ingatlah Wahai Umat Manusia

Alam kubur perhentian sebelum kehidupan abadi di akhirat

MANUSIA di dunia ini ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang hendak dituju.

Perjalanan itu pula masih jauh dan terpaksa melalui pelbagai liku serta cabaran. Inilah gambaran matlamat sebenar hidup insan yang hendak dicapai. Pentas dunia hanya tempat untuk bercucuk tanam dengan amalan salih sebagai bekalan di akhirat nanti.

Sebelum manusia berpindah ke alam akhirat mereka akan menempuh satu alam dinamakan alam barzakh dan di sana mereka akan menjawab soalan ditujukan malaikat kepada mereka. Di sinilah penentu kejayaan di alam akhirat nanti sama ada manusia itu akan masuk ke syurga atau neraka.

Persoalan kubur termasuk dalam pokok keimanan terhadap alam ghaib seperti mana kita wajib percaya akan adanya syurga, neraka, malaikat dan hari kiamat. Dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang sahih banyak diterangkan perkara di atas yang menuntut setiap orang meyakini adanya alam selepas kehidupan duniawi.

Ia dikenali dengan perkara ‘sam’iyat’ iaitu perkara yang hanya diketahui melalui perkhabaran, tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak terfikir akal. Beriman kepada alam ghaib adalah ciri orang beriman.

Allah berfirman yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.”

Walaupun ada sesetengah agama mempercayai adanya kebangkitan selepas kematian di alam roh tetapi mereka menyeleweng daripada konsep dipegang Islam. Sebahagian lagi terus kufur dan menolak kerana mereka berdasarkan logik serta akal fikiran semata-mata, menganggap bahawa hidup hanya di atas dunia ini saja.

Golongan itu dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Dan tidakkah manusia fikirkan bahawa Kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia (jadi) pembantah yang nyata.” - (Surah Yasin, ayat 77)

Kesimpulan yang boleh dibuat manusia di dunia ini diklasifikasikan dalam tiga golongan iaitu mereka yang beriman dengan adanya alam ghaib melalui as-samiyat, percaya ada alam ghaib berdasarkan kepercayaan dan kufur dengan alam ghaib.

Kubur adalah perhentian pertama setelah seorang hamba itu meninggal dunia dan kemudian tempatkan di alam arwah sehingga hari kiamat. Di sinilah penentuan kebahagiaan kecelakaan yang abadi.

Hadis Abi Said mengatakan, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur itu adalah salah satu lubang neraka, atau salah satu taman syurga.”

Adapun arwah orang yang beriman akan sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah tidak kira di mana mereka berada. Bagaimanakah seseorang itu akan menghadapi persoalan kubur?

Adapun roh orang yang beriman dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud:

“Setelah menerangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia, dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” - (Surah al-Fajar, ayat 27-30)

Kemudian apabila seseorang hamba Allah meninggal dunia, selepas dikebumikan dan ditinggalkan kuburnya lalu datanglah dua malaikat iaitu Mungkar dan Nakir yang ditugaskan untuk menyoalnya.

Jika ia beriman dan beramal salih, maka diberikan taufik oleh Allah menjawab persoalan dengan mudah. Kemudian dibuka baginya pintu syurga dan diperlihatkan syurga ke atasnya dan berbahagialah dia sehingga hari kiamat.

Namun jika orang itu kafir atau munafik, mereka akan menjawab tidak tahu. Lalu akan menerima seksaan kubur yang dahsyat. Suara teriak mereka dapat didengar oleh makhluk lain kecuali manusia dan jin.

Menurut Syeikh Abdullah Al-Fattani dalam bukunya Kasful Qhummah, roh Nabi, syuhada, muttaqin, salihin akan diangkat oleh malaikat ke langit selepas selesai tanya jawab dengan malaikat Mungkar dan Nakir.

Kemudian di angkat ke langit kedua, ketiga, keempat dan seterusnya ketujuh hingga ke Sidratul Muntaha dan di bawa ke Arasy Tuhan. Di sinilah mereka akan ditempatkan dan hidup dengan senang serta bahagia sehingga tiba hari kiamat.

Persoalan kubur tidak terkecuali bagi setiap orang yang meninggal dunia sama ada mereka mati di bumi, laut atau angkasa. Mengenai gambaran azab dan seksa kubur itu dalam pelbagai cara seperti dijelaskan ulama.

Bagaimanapun kita tidak banyak mengetahui rahsia alam roh melainkan apa yang diceritakan al-Quran dan hadis kerana ia adalah urusan Allah. Apabila seseorang berpindah ke alam baqa, bermakna terputuslah segala hubungan dan amalannya di dunia ini melainkan sedekah jariah, ilmu bermanfaat, anak soleh dan juga doa daripada kaum kerabatnya di dunia ini.

Riwayat daripada Ad-Dailami ada menyebut yang bermaksud: “Orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa daripada anaknya, atau saudaranya ataupun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanya, maka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya ‘rahmat doa itu’ lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang mati ialah doa dan istighfar.”

Alam sesudah mati ini memberi peringatan bahawa tidak selamanya kita akan kekal di muka bumi ini. Lambat laun kita juga mengikut jejak langkah mereka yang dulu menempuh alam barzakh. Semoga ia memberi keinsafan kepada kita untuk menyediakan bekalan terbaik untuk bekalan akhirat.

Thursday, May 14, 2009

Budaya couple antara keinginan & syariat.

Budaya couple antara keinginan & syariat.

1. Semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan

bebas sebelum berkahwin, maka semakin tawar & hambar pula

pergaulan itu.(Sebagai suami isteri selepas berkahwin)


2. Pengalaman menunjukkan betapa pasangan suami isteri yang

menjaga pergaulan sebelum berkahwin, selalunya lebih

bahagia, lebih kekal & mendapat keberkatan dalam rumah

tangga berbanding mereka yang mengabaikannya. Usia

perkahwinan sampai ke anak cucu. Kalau ada yang bercerai,

sangat sedikit bilangannya. Tetapi bagi yang tidak menjaga

pergaulannya sebelum berkahwin bukan setakat tidak sampai

ke nak cucu..kadangkala sebelum menjejak gerbang

perkahwinan pun sudah putus cinta, frust & kecewa.


3. Bolehkah bercouple??

Ø Tidak mengapa..silakan tetapi hendaklah mengikut peraturan Allah.

Ø Jika sebelum bernikah kita buat sesuatu yang diharamkan kecuali pasangan yang telah berkahwin (fahamkan?) kawallah diri. Jagalah batas-batas itu. Tetapi sekiranya sudah tidak sanggup menahan diri, maka bernikahlah secara sah!

Ø Peraturan daripada Allah bukan untuk menyekat tetapi untuk mengawal .

Ø Analogi : Tanda-tanda di jalan raya bukan untuk sekatan tetapi menyelamatkan kita, hanya manusia yang tidak siuman rasa sebagai satu sekatan. Kita perlu terima untuk bantu kita sampai ke mana-mana destinasi dengan selamat.


4. Bagi mereka yang tidak bercouple jangan keluh-kesah melihat

Orang lain sudah bercouple kerana biarpun majoriti telah buat

perkara itu tetapi tidak bererti perkara itu baik.

“ Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik & lelaki yang baik untuk perempuan yang baik “ (An-Nur 24:26)


5. Yang sudah terlanjur bercouple?? Nak diputuskan??..Nanti ada

Yang merana Jika ingin teruskan??

ü Bercouple tidak salah tetapi ikutlah peraturannya. Yakinlah dengan janji Allah melalui lidah kekasih-Nya Nabi Muhamad.

“ Jika seorang hamba Allah menahan keingiannya dari sesuatu yang haram (Kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya mengikut jalan yang halal.” (Hadis)


6. Yang penting tanyalah hati kita, untuk apa kita bercouple??

ü Berkahwin??

ü Suka-suka?? X (Syaitan jadi orang ke-3)

7. Jika benar-benar sayangkan pasangan anda, hormatilah dia,

Peliharalah dia & perlakukanlah sewajarnya seperti orang yang

Anda sayangi. Jangan hancurkan hidup pasangan anda kerana keseronokan yang sementara. Jika sayangkan permata, tempatlah

Ia dalam bekas selamat, dilindungi & dijaga.


8. Jangan sesekali didedahkan, disepah-sepahkan. Jangan

Manisnya dikecap, sepahnya dibuang.

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!!

apkah yg dikatakan berCOUPLE dalam Islam????

Budaya "couple" sememangnya merupakan antara corak hidup kebanyakkan remaja masa kini. Ianya menjadi identiti alaf kemodenan acuan Barat yang dicemari oleh nilai-nilai Sekularisme dan Hedonisme.

Terlebih dahulu, hendaklah diketahui bahawa, cinta sememangnya naluri setiap insan. Cinta lawan jenis (antara lelaki dan perempuan) sememangnya merupakan suatu fitrah manusia. Maka, dapatlah difahami bahawa, budaya "couple" ini sememangnya natijah daripada sahutan terhadap naluri fitrah manusia yang bersifat saling cinta-mencintai. Oleh yang demikian, Islam meletakkan landasan-landasan murni dalam memelihara fitrah tersebut dengan institusi perkahwinan.

Oleh yang demikian, "couple" itu sebenarnya, jika merujuk kepada cinta antara seseorang lelaki dengan seseorang perempuan, maka ianya bersifat fitrah. Cuma, ianya perlu diikat dengan perkahwinan.

Namun, fenomena "couple" dalam istilah khususnya, iaitu percintaan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan syar'ie (seperti perkahwinan atau pertunangan) perlulah sewajarnya dinilai dari sudut faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudannya terlebih dahulu, sebelum menilainya dari neraca Islam kerana memahami realiti adalah satu juzuk dari keseibangan simpulan hukum menurut ulama' usul fiqh.

Antara faktor-faktor wujudnya fenomena "couple" adalah:
1) Fitrah Insani
2) Pengaruh Media yang Membawa Nilai Hidup Barat
3) Peningkatan dan Perkembangan Sistem Pendidikan dan Kemasyarakatan


Para remaja, disamping sibuk dalam bidang pendidikan, turut disibukkan dengan hiburan melalui media. Antara bentuk hiburan yang menjadi kegemaran mereka adalah hiburan yang membawa mesej percintaan, sesuai dengan fitrah mereka. Oleh yang demikian, media-media hiburan sebenarnyalah antara yang paling bertanggungjawab dalam merangsangkan lagi keinginan untuk bercinta di dalam diri para remaja. Setelah berlakunya gelora yang kuat untuk mencintai dan dicintai, mereka mendapati Islam memberi jalan penyelesaiannya iaitu, dengan perkahwinan. Namun, kebanyakkan remaja yang berkeinginan kuat dalam mencari tempat mencurah dan mengemis kasih, tidak mampu untuk berkahwin kerana halangan-halangan tertentu, seperti masih lagi di bangku pengajian, tidak mempunyai kewangan yang cukup dan sebagainya yang merupakan natijah dari perkembangan bidang pendidikan dan kemasyarakatan di era moden ini.


Kalau di zaman umat Islam terdahulu, di samping tiada rangsangan dari media hiburan yang menjurus ke arah tersebut, tiada juga suatu bentuk sistem pendidikan dan kemasyarakatan yang begitu kompleks dan "protokolis" seperti zaman ini. Dahulu, anak muda mudi Islam berkahwin dalam usia yang muda apabila mereka (pada ketika itu) sudah mempunyai keinginan untuk "mencintai dan dicintai", di samping perbelanjaan untuk perkahwinan tidaklah terlalu tinggi.


Di zaman moden ini, anak-anak muda seolah-olah seperti terikat dengan suatu mentaliti dualisme antara "cinta" atau "cita-cita". Budaya perkahwinan di alam pengajian tinggi juga tidak diberi galakan sewajarnya oleh masyarakat Islam moden, memaksa para muda-mudi yang terbelenggu dengan rangsangan mencari cinta yang semakin meningkat saban hari (hasil dari rangsangan media hiburan dan media massa yang menggalakkan budaya bercinta) dan halangan perkahwinan kerana masih belajar dan tidak berkewangan yang cukup untuk berkahwin kerana kos perkahwinan yang tinggi, mencari alternatif lain dalam memenuhi fitrah cinta mereka, dengan bentuk yang berbeza.

Alternatif tersebut itulah yang dikenali dengan "couple", natijah dari tiga faktor utama tersebut. Kabanyakkan para ulama' muta'akhirin (terkini) seperti Dr. Ali Jum'ah (Mufti Mesir), Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (Mufti Qatar), Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti (ulama' besar Syria) dan sebagainya yang memahami realiti tersebut memberi pandangan yang amat sederhana dalam masalah "couple" ini.

Menurut mereka, "bercinta" itu sendiri tidak salah. Cuma, perlulah dibatasi dengan syariat Islam, dan seboleh-bolehnya berkahwinlah jika sudah ada yang dicintai dan mencintai, kerana itu yang lebih baik.

Para ulama' tersebut amat memberi galakan kepada muda-mudi untuk berkahwin di alam pengajian tinggi, sebagai penyelesaian utama bagi masalah "couple" ini, dan menyarankan agar masyarakat Islam memberi galakan dan bantuan kepada para penuntut Islam berkahwin sewaktu muda, jika sekiranya mampu membahagikan masa.

Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti sendiri berkahwin pada umur 18 tahun, namun mampu mencapai kecemerlangan yang amat memberangsangkan dalam bidang akedemik dan pembelajaran. Begitu juga dengan Dr. Al-Qaradhawi yang berkahwin sewaktu berada di tahun 2 peringkat Ijazah Sarjana Muda sewaktu di Al-Azhar, bahkan menjadi mahasiswa Al-Azhar paling cemerlang di masa beliau. Beliau bahkan berkata: "kalaulah sebelum ini, saya mengetahui kebaikan dalam perkahwinan seperti yang saya ketahui kini (setelah berkahwin), nescaya saya
akan berkahwin sejak dari tahun 1 lagi".



Jadi, bagi mereka, penyelesaian utama untuk menjaga anak-anak muda dari terjebak ke kencah
maksiat adalah dengan perkahwinan di usia yang awal.

Jika terdapat halangan-halangan lain, yang menghalang anak-anak muda berkahwin awal, seperti tiada kewangan, tidak mampu membahagikan masa dalam pengajian dan sebagainya, maka langkah yang kedua ialah dengan pertungangan (Al-Khitbah).

Pertunangan dalam Islam sebenarnya amat mudah, iaitu, cukup dengan pengetahuan ahli keluarga kedua-dua pihak samada lelaki atau perempuan, dan persetujuan kedua-duanya yang sudah saling mengenali antara ahli keluarga lelaki dan ahli keluarga perempuan tersebut. Sudah cukup dengan persetujuan antara kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) dan pengetahuan dan persetujuan antara ahli keluarga kedua-dua pihak untuk dianggap sebagai pertunangan dalam Islam.

Pertunangan, walaupun belum lagi suatu landasan sempurna dalam memelihara hubungan cinta sesama lelaki dan perempuan, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan kemungkinan timbulnya fitnah dari kalangan masyarakat, risikan pihak ketiga terhadap perempuan tersebut dan sebagainya.

Dalam tempoh tersebut juga, perlulah menjaga batas-batas syariat antara seseorang dengan bukan mahramnya. Jika pertunangan juga belum lagi mampu dilakukan, namun tetap timbulnya percintaan sesama lelaki dan perempuan, maka ianya juga perlulah dibatasi dengan batas-batas syariat, seperti tidak boleh berdua-duaan di tempat yang sunyi, seperti di kawasan-kawasan terpencil, di dalam kereta dan sebagainya, bagi mengelakkan timbulnya fitnah.

Dr. Al-Qaradhawi dan Sheikh Atiyyah As-Saqqar lebih cenderung untuk tidak menggalakkan percintaan sebelum ada ikatan tidak syar'ie (seperti perkahwinan dan pertunangan), kerana ianya membawa kepada banyak perkara negatif berbanding perkara positif.

Bahkan, Dr. Al-Qaradhawi menegaskan juga bahawa, percintaan sebelum perkahwinan tidak selalunya berakhir dengan kesudahan yang mengambirakan (perkahwinan), bahkan selalunya berakhir dengan penyesalan dan perpisahan.

Kesimpulannya, "couple" itu sendiri tidak ada hukum yang khusus, kerana ianya merupakan suatu yang abstrak. Kalaulah ianya merujuk kepada cinta, maka ianya mubah (dibolehkan) kerana sememangnya fitrah manusia, tetapi perlulah diikat dengan ikatan murni syariat Islam iaitu perkahwinan atau pertunangan.

Dalam tempoh pertunangan juga, pasangan perlulah menjaga hubungan mereka dengan batasan-batasan syari'at seperti, tidak berkhalwat (bersunyi-sunyian atau berdua-duaan di tempat sunyi), tidak bercakap dengan perkara-perkara yang tidak syar'ie dan membawa kepada syahwat, tidak melakukan perkara-perkara maksiat dan mungkar dan sebagainya.

Adapun budaya "couple", percintaan tanpa ikatan syar'ie, walaupun ianya tidak digalakkan, namun jika sememangnya sudah terjebak dengan amalan tersebut, dari dorongan fitrah yang murni, maka jagalah batas-batas syari'at yang disebutkan sebelum ini, di samping bersegeralah dalam mengikatnya dengan ikatan-ikatan syar'ie supaya dapat mengelakkan banyak masalah lain dan menghindarkan dari terjerumus dalam lembah maksiat.

Jika seseorang masih belum lagi terjebak dengan amalan "couple" ini, maka cubalah sedaya-upaya untuk tidak terjebak di dalamnya. Apabila sudah bertemu dengan idaman hati, maka bersegeralah dalam membina ikatan syariat (perkahwinan). Jika masih belum berkemampuan untuk mendirikan rumah tangga, maka hindarilah dari memikirkan persoalan-persoalan tentang cinta tersebut, dengan menyibukkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran, sosial dan sebagainya.

Alfaqir sekadar menaqalkan sahaja perbahasan-perbahasan ini dari para ulama' untuk kemanfaatan umum mengenai permasalahan ini.

Semoga Allah s.w.t. menerima kita sebagai kekasih-Nya seterusnya mencampakkan nur kasih-Nya di dalam hati kita dan seterusnya menjadikan hanya cinta-Nyalah harapan kita.

Amin...:)

Cinta dari sudut pandangan Islam

Islam melihat cinta dan kasih sebagai fitrah dalam kejadian manusia. Ia adalah satu hubungan suci yang menaut antara hati. Ia adalah anugerah Allah, sebab itu ia sangat berharga. Cinta yang tulus dan murni adalah kurnia Allah. Ia tidak datang menyembah dengan percuma. Allah akan menganugerah rasa cinta dan kasih pada mereka yang bersungguh berusaha mencarinya,tetap tidak boleh melebihi cintanya kepada sang pemberi cinta yaitu Allah swt.
Rasulullah sentiasa berdoa memohon dikaruniakan cinta dan kasih pada Allah. Baginda mengajar umatnya bermunajat dengan berdoa: ''Ya Allah, kurniakan padaku cinta dan kasih kepada-Mu serta cinta dan kasih pada mereka yang menyintaiMu, jadikanlah apa saja yang aku suka sebagai pendorong untuk menyintai-Mu.Cinta mempunyai arti yang luas dan sulit diartikan begitu saja sebab zaman kini banyak orang mengartikan sebisanya dan banyak sebahagian orang mengatakan tidak ada cinta dalam islam.Tapi sebenarnya tidak demikian, islam tidak melarang seseorang untuk mencintai sesuatu tapi harus ada batas nya.Jika rasa cinta itu membawa seseorang kepada perbuatan melanggar syariat maka itu sudah salah.
Perasaan cinta itu memang dari segi dzatnya dan bentuknya secara manusiawi wajar untuk dicintai dan mecintai,dan perasaan ini adalah normal dan setiap manusia mempunyai rasa itu,jika memandang yang indah kita tidak bisa memungkiri kalau itu memang indah dan keindahan itu tentu sudah ada yang mendisignnya menjadi indah dan itu adalah Allah jika kita kagum kepada keindahan,maka akan tambah kagum kepada sang Pecipta keindahan.
Cinta adalah masalah yang dialami oleh semua manusia. Sebuah bahan perbincangan yang tiada habis dimakan zaman, sumber perdebatan yang tidak pernah kehilangan momentumnya. Entah sudah berapa banyak film dan lagu yang ditulis hanya untuk menceritakan masalah cinta dari berbagai sudut pandang. Cinta adalah sumber inspirasi yang tidak ada habis-habisnya.
Semua orang bisa bicara tentang cinta. Dari sebuah band pop yang sedang naik daun, penulis puisi yang dirundung cinta, penulis novel, pengusaha, pedagang kaki lima, politikus, tukang becak, supir bajaj, bahkan seorang pembunuh sekalipun akan mampu diajak bicara tentang cinta. Tidak ada manusia yang sedemikian kejinya sehingga tidak mampu mengenali perasaan kasih sayang, kecuali kalau ia sudah benar-benar gila.
Allah paham betul kebutuhan Adam as., karena memang Dia-lah yang telah menciptakannya. Allah tahu persis bahwa tidak ada manusia yang bisa mengarungi hidupnya sendiri. Oleh karena itu, diciptakan-Nya-lah Hawa sebagai pendamping beliau. Bersama-sama, mereka kemudian membentuk keluarga dan mulai beranak-cucu di muka bumi. Barangkali tidak banyak yang bisa diperbuat oleh Nabi Adam as. jika Allah tidak menciptakan seorang pendamping yang pantas untuknya.
Allah pun tidak pernah main-main ketika Dia menakdirkan Khadijah ra. sebagai pasangan hidup Rasulullah saw. Tidak sembarang perempuan yang ditunjuk-Nya sebagai pendamping seorang laki-laki terbaik yang pernah ada. Untuk mendukung perjuangan seorang lelaki baja, maka Allah pun menakdirkan seorang perempuan besi untuk menjadi pendampingnya. Khadijah ra. adalah seorang saudagar perempuan kaya yang dihormati oleh kaumnya. Akan tetapi, ia tidak pernah mundur dari garis perjuangan suaminya. Khadijah ra. sama sekali bukan peran pembantu dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Allah ini. Beliau adalah salah satu tokoh utamanya.
Hubungan antara Rasulullah saw. dan Khadijah ra. – tidak bisa dipungkiri lagi – adalah salah satu kisah cinta paling manis yang pernah ditulis oleh sejarah. Ketika Rasulullah saw. dilanda ketakutan setelah menerima wahyu pertama dengan cara yang begitu dahsyat, beliau lari ke rumahnya dan mencari ketenangan dalam pelukan sang istri tercinta. Ketika semua warga Mekkah berkomplot untuk memboikot Rasulullah saw. dan para pengikutnya, Khadijah ra. meninggalkan begitu saja kehidupannya yang dulu begitu penuh dengan kenikmatan. Mereka menderita bersama, dan keduanya terus bertahan di jalan Allah hingga akhir hayatnya.
Jangan ditanya bagaimana sedihnya Rasulullah saw. ketika Khadijah ra. wafat.
Cinta emang dahsyat dan paling indah di bicarakan tapi cinta yang bagaimana yang bisa dikatakan indah adalah cinta yang dibawah keridhaan Allah tanpa hal2 yang di iringi dengan nafsu seperti cinta yang melewati batas andai ketertarikan dan kecintaan, yang akan menguasai akal dan membelokkan pemiliknya kepada perkara yang tidak sesuai dengan hikmah yang sesungguhnya, hal seperti inilah yang tercela.Perasaan cinta ngga bisa di buat2 dia datang dengan sendiri seperti seorang "Umar bin Khattab ra, "Wahai Amirul Mukminin, aku telah melihat seorang gadis, kemudian aku jatuh cinta kepadanya." Umar berkata, "Itu adalah termasuk sesuatu yang tidak dapat dikendalikan." (HR. Ibnu Hazm). Dalam kitab Mauqiful Islam minal Hubb, Muhammad Ibrahim Mubarak menyimpulkan apa yang disebut cinta, "Cinta adalah perasaan di luar kehendak dengan daya tarik yang kuat pada seseorang."
Bicara masalah cinta terkadang banyak hal yang di bayangkan karena untuk mengartikan arti cinta itu sulit sebab cinta adalah sesuatu yang abstrak,ada terasa sulit dilihat,terasa tak tersentuh,aneh tapi nyata cinta bisa membuat seseorang menangis dan juga tertawa.Cinta itu merupakan rasa suka dan rasa sayang serta rasa berkasih2an antara lawan jenis bukan mahram dan rasa saling sayang dan saling mencintai dalam masyarakat awam bisa juga di katakan pacaran yang dalam islam sendiri istilah pacaran ini jelas2 tidak tapi bisa juga kalau kita artikan cinta itu kedalam bahasa arab yaitu "Hubb" dan berkasih sayang dan saling mencintai bisa juga dikatakan "Tahaabbub",dimana ini dimaksud adalah
seorang lelaki atau seorang wanita yang saling sayang dan saling berkasih2an.
Dan untuk semua ini cintailah sesama manusia itu secara wajar jangan berlebihan hingga melebih cinta kepada Allah,karena yang berhak dan layak mendapat cinta yang berlebihan adalah Allah swt,karena Allah jugalah sang Pemberi cinta.Disamping itu Mencintai Allah adalah pilar dasar agama islam,karena seseorang tidak akan menjadi mukmin yang benar keimanannya kecuali dia mencintai Allah dengan sepenuh hatinya,yang lebih besar kecintaannya kepada hal yang lain.Karena semua cinta yang kita berikan kepada Allah akan abadi dan tidak seabadi cinta kepada sesama manusia,dimana apabila kita mencintai seseorang dan apakah mampun orang tersebut memberi ampunan dosa ? tentu tidak,karena penerima taubat dan pemberi ampun adalah Allah swt,yang senantiasa memberi cinta dah rahmatNya kepada kita tanpa henti.
Untuk itu semua cintailah sesama umat beriman karena dalam islam kita adalah bersaudara dan apabila mencintai seseorang janganlah sampai pada taraf lebih dari segala2nya sebab bisa saja yang kita cintai didunia akan menjadi yang paling kita benci karena segala sesuatu yang berlebih2an tidak akan baik hasilnya karena Allah juga tidak suka akan yang berlebih2an.Tetapi sebagai umat manusia kita merasa hebat kalau kita bisa lebih dari yang lain padahal ini salah besar,dan juga kita sebagai umat mukmin tidak sadar akan satu kemaslahatan itu terhadap sesuatu yang dia benci,seperti obat pahit yang ditetapkan Allah mengandung kesembuhan seperti dalam alquran surat al baqarah ayat 216:"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
Juga dalam surat an nisa di jelaskan bagaimana kita hendaknya menyukai sesuatu janganlah berlebihan sebab adalah haknya yang kita suka juga jadi kita benci ;"Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata . Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak"( An-nisa' 19).
Saudara seiman yang di ridhai Allah,saling mencintai bukanlah hal yang tabu dalam agama kita islam,selagi hal itu tidak melanggar syariat dan aturan main yang ada dalam hukum islam,janganlah berkasih sayang hingga menimbulkan fitnah dan makanan empuk buat setan iblis,tapi jadikan cinta yang datang kepada kita karena cinta itu memang satu rahmat dari Allah kepada ummatnya,dan apabila mencintai seseorang cintailah dia karena Allah bukan karena apa2 yang dia miliki tapi karena Allah semata dan jadikan juga cintanya kepada kita juga karena Allah bukan karena apa yang ada pada diri kita

Wednesday, May 13, 2009

Kesan Gejala Sosial dan Zina Hati

Kesan Gejala Sosial n Zina Hati

Kesan gejala sosial.

1. keruntuhan dlm satu institusi sosial/bangsa.
Jika kita perhatikan kesan dari sudut global atau skop yg
meluas adalah keruntuhan sesuatu bangsa atau empayar..
Cthny disini..
· Kota baghdad,semasa karajaan turki uthmaniah yg dipimpin
oleh khalifah Harun Ar Rasyid.
· muncul golongan2 yg mngamal rasuah dkalangan pemimpin.
· sdg dlm islam tegah semua perkara seperti ini.
· Sabda Rasullulah:”3 petanda bg org munafiQ adalah apabila
bercakap dia berbohong, berjanji dia mungkiri dan diberi
amanah dia khianati.”(muttafaqun alaih, riwayat bukhari dan
muslim.)
· akibat membelakangi islam.. kota baghdad terbakar..

2. Pergaulan bebas.
SebalikNy kesanNy yg plg mudah dpt kita lihat disini adalah
pergaulan bebas.. kita kecilkan skop cukup sekadar satu
kominiti yg kecil.. masyarakat sendiri..
Cthny..
· COUPLE!
· Pekara yg mudah
· Ber ‘COUPLE’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah
dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan
saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati.
Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta
mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing
mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang
lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila
dua insan berlawanan jantina ini sudah saling sukamenyukai,
mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan
mereka dan kemudian ber‘COUPLE’.
· Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka
serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun
group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand
made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi
yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan
dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya akukau
ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih
intim, abang-sayang dan sebagainya.
· Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik
dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan
‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’.
Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’,
‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan
harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira,
mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada
pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak
sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir
hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk
suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam
yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini.
Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang
pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan
perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

3. Apa yang hendak saya kaitkan disini ialah zina haati.
· ZINA HATI ADALAH KEINGINAN DAN KHAYALAN SEKS
· ZINA YANG PALING BAHAYA IALAH, APABILA KITA MERNDUI SANG KEKASIH YANG ASIH BELUM ADA IKATAN PERKAHWINAN,
memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya,
ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya
kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari
segi pancaindera, hati boleh berzina.
· Zina seperti ini wujud di dalam hati...
Hati itu dikawal oleh akal...
Manakala akal pula dikawal oleh iman...
Kalau sering terjebak dgn zina hati...
Pertingkatkanlah lagi kualiti iman...
Kerana itulah sebaik2 jalan penyelesaian...
· Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah
boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina
dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke
arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui,
mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan
Muslim,rujuk Riyadusolihin bab larangan melihat wanita


· zina hati plg ssh dijauhi..
rse2 kalo da stat teringat2 akn si die...
merindui si die...
terbayang2kn wajah die..
cpat2lah berziKir dan mngingati Allah serta kebesaranNya..
minx2 spye dilindungi drpd hasutan syaitan..
· sbg contoh untuk zina hati ini..
-gambar katun yg biase kite tgk.
-tp jika kite tgk smp mghairahkan atau shawat itu pun da
kire zina hati.
Alhamdulilah

Kalau aurat itu sehinggakan mendatang kan keghairahan,maka tidak
bolehlah.Misalnya,berita yang disiarkan di TV 3 sebulan lepas berkenaan dengan
rampasan komik lucah.Maka jelas2 hukumnya haram.Tetapi jika cerita kartun
atau cerita drama 'orang betul' yang bagus isinya,tetapi terdapat pelakon-pelakon
yang tidak menutup aurat,maka HARUS menontonnya.

WaAllahualam....

· Degup-degup Ta’aruf
“Saya bersembunyi di bawah pohon untuk melihatnya,” Kata
Jabir bin Abdullah.
Ungkapan Jabir bin Abdullah ini membawakan perasaan
tegang, lucu dan menunjukkan degup di dada kian terasa
untuk berkenalan. Memang Nabi Muhammad menyuruh para
sahabat untuk mengenali terlebih dahulu pasangan yang
ingin dinikahi.
Tetapi para sahabat tidaklah mengambil peluang tersebut –
mengenali dengan cara berdua-duaan, berbual-bual berjamjam,
bergelak tawa dan sebagainya. Kerana mereka sedar
ada batasan dalam hubungan antara lelaki dan perempuan.
Dan mereka faham jika itu yang agama pinta, mesti ada
sebabnya.
Apa yang perlu diwaspadai adalah ketika degup-degup itu
dihasut oleh syaitan. Lalu menjadi serong. Tersimpang jauh
dan menyesatkan. Sampaikan perkara yang salah kita
katakan betul. Inilah yang ingin dibincangkan dalam entri
kali ini.
Simpan Itu, Untuk Yang Halal Bagimu
“Telah tertulis atas anak Adam akan nasibnya dari sudut
zina akan bertemu dalam hidupnya, tidak bisa tidak. Maka
kedua mata, zinanya adalah memandang. Kedua telinga
zinanya adalah mendengar. Lisan, zinanya adalah berkata.
Tangan zinanya adalah menyentuh. Kaki, zinanya adalah
berjalan. Dan zinanya hati adalah ingin dan angan-angan.
Maka akan dibenarkan hal ini oleh kemaluan, atau
didustakannya.”
:: HR Muslim, dari Abu Hurairah :
:
Hadis ini meminta kita berhati-hati terhadap setiap yang kita
lakukan. Setiap daripada anggota badan kita ada masanya
yang memacu kita ke arah zina. Kadang kita sendiri tidak
sedar. Tetapi bila ada yang memberi teguran mengingatkan,
maka terimalah.
Jangan pula kita cuba mengatakan perkara yang kita buat itu
betul.
Bagi yang sudah berpasangan, katakan kepada pasangan
anda, “Kalau yang kamu ingin beri itu adalah pesona tatkala
saya masih belum layak menerimanya, maka saya harap itu
bukan untuk saya. Ya, indera yang boleh memacu kita ke
arah zina itu, saya harap bukan untuk saya selagi saya
belum berkahwin dengan kamu.”
Setiap indera kita iaitu mata, telinga, lisan dan sentuhan
boleh memacu kita ke arah zina. Ini yang perlu kita jaga
sebaik mungkin selagi belum berkahwin.
”katakanlah kepada lelaki yang beriman hendaklah merka
menahan pandanganNya dan memelihara kemaluanNya,
yang demikian itu adalah lbh suci bg mereka.ssghNya Allah
maha mengetahui pa yg mrk perbuat.”
(Surah an Nuur,30)

· Bantu Aku Menahan kebisingan syahwat.
Wahai perempuan, tahukah anda bahawa imaginasi kaum
lelaki ini begitu tinggi? Sampaikan kami ini boleh
mengimpikan dan membayangkan dengan detail apa-apa
sahaja dengan hanya mendengar suara.
Jika suara anda itu lembut, ia akan membuat dentingan
frekuensi yang sangat halus sampai menyengat-nyengat
jiwa. Kadang-kadang berbisik-bisik sampai menimbulkan
rasa ghairah yang tinggi.
Saya bukannya menyuruh anda berteriak-teriak apabila
bercakap dengan kaum lelaki. Memang sudah fitrah suara
perempuan itu lembut. Jadi, janganlah dilembutkan lagi.
Sampai merengek-rengek bercakap dalam telefon.
Ah! Anda jangan ingat kalau cakap dalam telefon, kami tidak
boleh membayangkan sesuatu. Bukankah saya sudah
katakan tadi imaginasi kami ini sangat tinggi sampai anda
tidak dapat membayangkannya. Hehe. Kalau tidak mana
mungkin terlalu banyak iklan klub-klub telefon dalam
majalah Mastika.
Apa yang perlu dibuat apabila ingin bertemu dengan lelaki,
tegaskan suara. Biar frekuensi itu tidak dapat menjentik
sedikit pun hati-hati kami.
· Dan kepada kaum lelaki, tahanlah nafsu itu. Nanti niat asal
yang hendak berkenalan itu jadi lain pula. Terpikat dengan
suara, bukannya terpikat dengan agama.
Langkah mengatasi zina hati.
Antara yg dapat kita perhatikan bhw Islam itu sngat indah
dan syumul. Maka antara langkah yang terbaek yakni dgn
menja_link_an hubungan yang diredhai Allah yakni bernikah.
Malah dengan bernikah kita telah melaksanakan sebahagian
dari rukun iman.
Saya cuba meringkaskan apa yang saya tulis di atas.
Menurut Syeikh Muhammad al-Munajjid, beliau
menggariskan beberapa perkara dalam pergaulan lelaki dan
perempuan:
1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang di luar topik.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi (personal).
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan didalam hati.