Saturday, December 19, 2009

Kisah hidup aku hari ne...

Assalamualaikum...
hari ne..aku rasa sedih...x tau nape perasaan ne mengusai diri ne lagi..munkin,kerana aku da jauh dengan Allah baru2 ne...tapi aku masih bernasib baik sebab sedar akan diri ini..."kenapa mesti kita sayang orang tu, sedangkan orang tu x pernah pun endahkan kita."Itulah kata2 yang membuat aku sedar, bahawa aku telah mengecewakan dia...bukan dia je...tapi semua orang yg ade di sekeliling aku...

Herm...ape la nak jadi aku ne...pekse gagal, mcm ntah lar...aku da makin teruk sekarang ne...
Aku nak cari jalan balik...adalah aku ne jauh snagat dari Allah...atau aku ne byk sangat wat dosa x nampak..

Ya Allah bantulah aku kejalan yang benar...Jalan yg kau redhai...

Jadikan ini sebagai iktibar...

Menurut majalah MANAR ISLAM,Mesir, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata..
Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
"Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.
"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam
seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatassegalasesuatu.
~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~-~- ~-~- ~-~ -~
Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. pabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

INGAT!!!ALLAH BAYAR CASH SEKARANG.....
BERSEDIALAH DENGAN APA YANG KITA KERJAKAN...

Wednesday, October 7, 2009

Jemaah Gerakan Islam Lemah???

Posting kali ini saya ingin menyentuh satu perkara yang amat penting untuk meneruskan perjalanan dakwah Islam. Jamaah atau Gerakan Islam yang kuat perlu memiliki anggota dan ahli jamaah yang kuat juga. Namun di sana ada beberapa perkara yang boleh membantutkan perjalanan dakwah itu sendiri.

Insya-Allah saya akan menyentuh tentang perkara yang melemahkan organisasi dakwah dari sudut ahli. Menurut Sheikh Fathi Yakan dalam bukunya " Al-Mutasaaqituuna 'alaa thoriiqu al-da'wah, kayfa wa limadza??", beliau menggariskan beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang ahli itu gugur dari jalan da'wah atau gugur dari meneruskan kerja-kerja da'wah dan menegakan Islam. Antara sebab-sebab gugurnya seorang anggota Gerakan Islam itu dari jalan dakwah dan perjuangan Islam ialah adalah seperti berikut :

1) Tabiie' yang tidak Tetap (Tindakan)

Ramainya orang yang mudah tertarik kepada mana-mana Gerakan Islam atau mana-mana pertubuhan dakwah oleh kerana sebab tarikan suasana atau sesuatu sebab, lantas individu itu menyertai gerakan Islam. Namun apabila mereka sedar tidak dapat mengikuti dasar, tarbiyyah dan disiplin gerakan Islam itu, serta hilang kecocokan dengan jiwanya seterusnya tidak patuh kepada disiplin Gerakan Islam, maka mereka pun meninggalkan kerja-kerja Gerakan itu atau keluar terus dari jamaah dengan menyertai pertubuhan yang lain atau meninggalkan terus medan perjuangan .

(1.1) Ada orang yang tidak dapat tunduk kepada peraturan, disiplin juga tarbiyyah yang ditetapkan oleh jamaah dan gerakan Islam, apabila dia mula merasakan kesusahan itu, maka dia pun mula berusaha untuk mencari "pasal" untuk membebaskan dirinya dengan mencipta alasan-alasan agar dirinya tidak terbabit dengan tarbiyyah, disiplin dan peraturan Jamaah Islam yang dirasakan menyusahkan dirinya.

(1.2) Ada juga ahli Jamaah yang tidak dapat menerima "penyerapan" dirinya ke dalam binaan jamaah Islam, dengan itu dia berusaha untuk mengekalkan keperibadiannya, contohnya bila seseorang ahli jamaah itu asalnya pernah menjadi ahli gerakan sekular, maka dia cuba mengekalkan kesekularannya. Orang seperti ini apabila menyedari bahawa "stail"nya akan mungkin terserap dan pendapatnya tidak dapat diterima pakai maka dia juga akan mencari-cari alasan untuk membebaskan dirinya dari Jamaah Islam, samada dia meninggalkan kerja-kerja jamaah atau keluar terus dari Jamaah Islam itu sendiri.

2) Bimbang berlaku sesuatu ( MUDHORAT) keatas diri sendiri, dan Pendapatan

Kematian, kesusahan, kemiskinan, ditangkap dan dipenjara, dibuang kerja dan sebagainya adalah sangat memberi kesan kepada diri manusia. Perasaan takut seperti yang saya sebutkan tadi boleh membantutkan dan memberhentikan kerja-kerja dakwah dan kerja-kerja berjuang melawan kekufuran rejim sekular yang menggunakan kuasa untuk menyekat kemaran Jamaah Islam dengan menyekat kehidupan sesiapa sahaja yang menentang mereka. Perasaan ini juga boleh membibitkan lemah semangat untuk terus bergiat dan bekerja dalam jamaah dan gerakan Islam.

Syaitan memainkan peranannya menghalang orang-orang mukmin, menghalang jentera-jentera dakwah ( al-'aamiliin ) dan pendakwah ( du'aat ) dan syaitan juga akan membisik dan menakut-nakutkan mereka dengan menjanjikan harapan harta kepada mereka, tetapi pada hakikatnya janji syaitan adalah palsu belaka.

Syaitan pula ada dua jenis, terdiri dari jin dan manusia, syaitan dari jenis jin membisikkan agar anggota jamaah itu meninggalkan gerak kerja jamaah dengan melihat kepada habuan harta, maka anggota jamaah yang lemah ini terus terbayangkan dalam mindanya dan berfikir " betul jugak ye..berjuang tak dapat apa pun, kena maki ada laa.., kalau keluar meniaga kaa..boleh buat duit.." atau " isshh.! kalau aku terus duduk dalam Jemaah, tak pasal2 lak nanti, aku kena buang kerja pulak..!!!"

Namun ada satu lagi "syaitan kabir", syaitan dari kalangan manusia, iaitu manusia-manusia yang bersatu di bawah payung sekular melawan Gerakan Islam, mereka ini menggunakan kuasa ekonomi dan politik untuk menyekat kemaraan gerakan Islam dengan mengugut atau menyogokkan harta kekayaan kepada anggota jamaah yang lemah iman dan tarbiyahnya, maka anggota yang lemah iman dan tarbiyah itu secara perlahan-lahan menyahut seruan syaitan dan menjadikan harta adalah segala-galanya dan terus meninggalkan perjuangan Islam. Situasi ini telah Allah gambarkan di dalam Al-Quran. Firman Allah Ta'ala dalam surah Ali-Imran yang bermaksud;
" Jika kamu beroleh kebaikan, nescya mereka ( golongan yang menolak Allah dan Rasul-Nya) akan bersedih hati, akan tetapi jika kamu mendpat bencana ( kesusahan ) maka mereka berasa gembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa ( takut kepada Allah ) nescya tipu daya mereka sedikitpun tidak akan mendatangkan kemudharatan kepada kamu, sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.." - Surah Ali-Imran ayat 120
Firman Allah lagi dalam surah Al-Fath yang bermaksud;
" ( Orang-orang badwi yang tidak turut ke Hudaibiyyah) akan mengatakan;" harta-harta dan keluarga kami telah merintangi kami", mereka mengucapkan denga lidahnya apa yang tidak ada di dalam hatinya, katakanlah "maka siapakah yang dapat menghalang kehendak Allah jika dia menghendaki manfa'at bagimu, sebenarnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan" - Surah al-Fath ayat 11
3) Sikap Melampau

Sikap melampau juga menjadi sebab keciciran anggota gerakan Islam. Anggota jemaah dan gerakan Islam yang cuba bertindak dan melakukan sesuatu yang lebih dari keupayaannya seterusnya tidak apat menerima sikap sederhana biasanya akakn menghadapi masalah jiwa dan masalah kepercayaan. Anggota jamaah seperti ini samalah keadaannya seperti seorang yang cuba belayar merentasi lautan yang bergelora dengan seberapa cepat dan segera sedangkan dia hanya menggunakan rakit buluh dan bukannya speed boat. Maka akibatnya ialah, rakitnya itu tadi musnah dilanda ombak dan tidak sempat sampai kepada tempat yang ditujunya.

Sesungguhnya jiwa manusia adalah bersifat lemah. Jiwa manusia boleh memikul ( untuk melaksanakan ) perkara-perkara yang diazamkan pada suatu ketika. Tetapi dimasa yang lain dia tidak mampu memikulnya. Kemudia pada satu masa yang lain dia akan mempunyai kesediaan untuk memikul suatu tugas namun yang demikian manusia itu tidak mampu untuk memikul semua tugas padasatu masa sekaligus.

4) Ambil Mudah

Sama juga seperti sikap melampau, sikap ambil mudah juga menyebabkan seseorang anggota jamaah Islam itu gugur daripada malksanakan tugas.

Anggota jamaah yang bersikap ambil mudah dalam mengerjakan perintah Allah Ta'ala dan dalam kesungguhannya dengan hukum-hukum syara' akan mendpati diri mereka mengambil mudah dalam semua perkara, tidak kira perkara itu kecil atau besar, penting atau tidak, perlu disegerakan atau tidak. Mereka ini akan membiarkan nafsu yang dipimpin oleh syaitan menguasai diri dan jentera-jentera gerakan Islam. Ada satu Sya'ir arab menyebut;
" Janganlah kamu memandang remeh perkara kecil
Sesungguhnya gunung-ganang itu terbina dari batu-batu halus"

Oleh itu anggota-anggota jamaah Islam yang bekerja menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini, yang bekerja menurut dasar dan landasan Islam hendaklah menjauhkan diri dari sikap "memandang mudah kerana ia merupakan perencanaan syaitan kepada jiwa manusia. Sebalinya semua perkara mestilah di anggap penting dan mesti dilaksanakan agar segala usaha dan kerja-kerja jamaah yang lebih besar akan dilaksanakan dengan lebih bersemangat.

5) Tertipu dengan Kedudukan, dan sikap nakkan populariti

Penyakit ini juga menjadi sebab gugurnya seseorang anggota Jamaah itu dari jalan dakwah. Penyakit ini amat merbahaya, ia akan merosakkan para pendakwah sama sekali. Kedudukan dalam jamaah boleh menjadi punca fitnah terhadapnya dengan merasa dirinya "mulia" dari anggota-anggota jamaah yang lain. Akibat sikap merasa dirinya mulia inilah akhirnya menyebabkan segala tanggungjwab dan kerja yang diamanahkan kepadanya tidak kerana Allah tetapi haya untuk meraih publisisti dan populariti dari kebanyakan anggota jamaah.

Yang dia mahu bukanlah berusaha untuk mencapai maksud dasar jamaah untuk menegakkan Islam tetapi mahu dilihat hebat dan mahu anggota-anggota jamaah yang lain seolah-olah amat-amat memerlukan dirinya dan sterusnya menyanjunginya.

Maka dia akan menjadikan kedudukannya sebagai platform menjual namanya agar dapat dikenang sebagai pejuang. Kesan dari sikap inilah akhirnya dia tidak ikhlas dalam bekerja dan tidak ikhlas dalam berjamaah. Oleh kerana tidak ikhlas maka ini, maka amalan mereka tergantung dan secara tidak langusng akan menghapuskan pahala dan mengurangkan keberkatan dalam berjemaah.

6) Sikap Cemburukan ahli Jemaah yang lain

Cemburu juga adalah antara sikap yang boleh menyebabkan seorang anggota jamaah itu meninggalkan kerja jamaah bahkan boleh meninggalkan terus perjuangan jamaah menegakkan Islam.

Anggota-anggota yang menganggotai jamaah Islam terdiri dari berbagai-bagai jenis manusia yang memiliki berbagai-bagai persediaan dan keupayaan baik dari segi akhlak dan sahsiyyah, jiwa, semangat, ilmu dan pemikiran. Kepintaran, keilmuan, kebolehan menulis dan berpidato, berceramah, berkuliyah adalah berbeza. Perbedaan di antara anggota jamaah inilah yang menyebabkan berlaku perbezan di antara anggota jamaah, berbeza dari segi tingkah laku, sikap dan kemahirannya.

Namun perasan cemburu menyebabkan anggot-anggota tertentu mengambil tindakan dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Sesetengah dari mereka menghadapi tekanan perasaan yang diransang dari luar jamaah atau anggota-anggota yang juga mempunyai sikap cemburu sepertinya terutamanya jika anggota yang mempunyai sikap cemburu ini di kalangan pimpinan dari sayap kanan jamaah, diransang pula oleh pengikut2nya yang juga cemburu dengan pimpinan Utama Jamaah contohnya,
maka cemburu dan ransangan seperti ini pula akan menimbulkan keinginan untuk membalas dendam atau merampas kuasa di dalam diri mereka terhadap anggota-anggota yang mereka rasakan menjadi pengahalang dan menjadi sebab kegagalan mereka.
Jika ini berlaku, maka ia adalah bermaksud segala akhlak dan nilai mulia akan hancur, kerana anggota yang berkenaan bersedia melakukan apa sahaja bentuk tindakan untuk merosakkan orang yang dianggap sebagai musuhnya yang utama itu. Maka di dalam hatinya akan sentiasa merasa tidak tenteram dan tidak tenang selagi mana dendamnya itu tidak dapat dibalas.

Rasulullah S.A.W seringkali melarang sikap cemburu dan dengki ini. Terdapat banyak hadith-hadith yang melarang sikap ini. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiyallu 'Anhu bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud;
" Jauhilah kamu dari berperasangka (zhan) kerana perasangka itu merupakan cerita yang paling dusta, janga kamu mencari rahsia, mengintip, berdengki, marah memarahi( caci maki ) dan mengumpat. Hendaklah kamu semua menjadi bersaudara kepada seorang muslim yang lain. Taqwa adalah disini, taqwa adalah disini...!!! , (baginda menunjukkan tangan ke dadanya). Cukuplah bukti yang seorang itu jahat apabila menghina saudaranya yang muslim, setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram darahnya, maruahnya dan harta bendanya.."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Dari Damrah bin Tha'labah radhiyallahu 'Anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya;

" Manusia itu tetap baik selagi mana mereka tidak berdengki"
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani) . Wallau a'lam

Monday, August 24, 2009

Bismillah ir Rahman ir Rahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam kepada rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Jumpa lagi kita dalam blog ne...Ana x mo cite lg ttg couple..bende tu byk sgt versi hukum dan ana bukanlah seorg ulama @ ustaz...ana hanyalah seorang mujahideen biasa yang ingin menegakkn agama Allah dimuka bumi ini shj.

Apa yang ana nak sampaikan, ttg dakwah..kelebihan2 berdakwah...ramai org da tau ttg dakwah ne...n mnkn pembaca pun da faham sgt akan apa itu dakwah..ana x nak lar menyampaikan mesej yang panjang lebar ttg kelebihan dakwah ini....aada sebuah hadis yang mafhumnya cam ne lar, "seorang malaikat itu boleh mengira titisan air hujan sejak turunya Nabi Adam a.s sehingga tibanya hari kiamat, tetapi malaikat itu tidak dapat mengira seberapa banyak pahala yang ada pada seorang pendakwah" Para pembaca,drpd hadis ini je kita dapat lihat apa kelebihan lain yg dapat kita peroleh dari berdakwah...

logik akal la...klu Rasulullah itu berdakwah dgn sambil lewa @ tak berdakwah lgsg, hanya utk baginda je...agak2 la..kita ne nama ape yek???agama ape???inilah kelebihan dakwah...ianya perlu diteruskan bagi menjamin kesejahteraan Islam dan tertegaknya kalimah LaillahaillAllah..supaya generasi @ keturunan kita hingga ke hari kiamat, akan kekal Islam yang benar bukan yg plastik....

Fikir2kn lah...
Dakwah is Muslims responsibility....
sekian...
wassalam..

Tuesday, July 28, 2009

kisah disebalik diri aku....

assalammualaikum...
hye...aku x tau nape aku rase diri aku teruk sangat hari ne...
ntah ape yang mengusutkan fikiran aku ne...herm..ape yang aku rase..
aku bak bina kehidupan baru...aku rase aku ade masalah dari segi perasaan je..
lain2 tu...xde kot..aku buntu sebenarnye...antara kemanusiaan,atau cinta...
aku slalu mimpi aku membunuh diri aku yang satu lagi..
aku x faham ape yang berlaku...Jama' kataaku terlalu emo dan mengikut gerak hati,
sampai aku x nak hiraukan diri aku...oh aku x faham...sifat kemanusiaan yang melampaui batas????pelik....aku benci!!!!!!!!!!!kenapa aku ditakdirkan macam ne????susanye nak kawal perasaan...kenapa la aku ne emo????Ya Allah...Bantulah aku.........

Thursday, June 4, 2009

Tanggungjawab Dakwah....SIAPA????

Bismi-llah ir-Rahman ir-Rahim...

Muslimin yang dirahmati Allah...

Apabila disebut perkataan dakwah, seringkali terbayang dalam fikiran kita seorang a'lim yang mempunyai ilmu agama memberikan kuliah mengajarkan kepada orang lain berkenaan Islam. Gambaran dakwah seperti ini adalah satu gambaran sempit yang memberi makna bahawa menjalankan usaha dakwah adalah khusus kepada orang yang mempunyai ilmu agama semata-mata. Justeru, golongan agama dan ulama selalu dibebankan dengan permasalahan dan penyebaran dakwah. Hakikatnya, pemikiran dan tanggapan seperti ini langsung tidak menepati semangan dan ruh dakwah itu sendiri. Bebanan dan gerak kerja dakwah yang mulia ini merupakan tugas yang bukan sahaja mesti dipikul oleh ahli agama, bahkan terpikul atas bahu semua umat Islam yang mengsyahadahkan bahawa tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad S.A.W itu utusan Allah.

Muslimin dan Muslimat yang berbahagia,

Tanggungjawab memperkenalkan dan menyampaikan ajaran Islam dengan wajahnya yang tulen kepada manusia sejagata adalah tugas hakiki yang mesti dijalankan dengan penuh kesungguhan oleh semua umat Islam. Terdpat banyak dalil yang menyentuh persoalan dakwah dan tanggungjawab umat Islam dalam menjayakannya, antara firman Allah S.W.T dalam surah al-Imran(3) ayat 104 , maksudnya, "Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan(mengembangkan Islam)dan menyuruh segala perkara yang baikserta melarang daripada segala yang salah(buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian,ialah orang2 yang berjaya."

Ayat ini secara jelas menyatakan perintah Allah supaya umat Islam membentuk diri mereka dan menjadi umat atau kelompok manusia yang sentiasa menyeru kepada kebaikan iaitu Islam, manusia yang sentiasa menyeru kepada yang maaruf dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran, Inilah dia elemen penting yang terkandung dalam gerak kerja dakwah yang dijalan dan dipaksikan kepada kekuatan keimanan kepada Allah S.W.T. Tanpa paksi iman, penghayatan terhadap dakwah akan menjadi hancur dan luluh seperti rapuhnya iman dan luluhnya taqwa kepada Allah S.W.T. Dalam hal ini, tugas dakwah yang dirintis oleh seseorang Muslim bukan sahaja satu usaha untuk menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat, bahkan ia merupakan terjemahan kepada ketinggian keimanannya kepada Allah S.W.T Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda dalam hadisnya diriwayatkan Abi Hurairah r.a...,ertinya, "Sesiapa diantara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya(kuasa yang ada pada seseorang), jika dia tidak mampu, maka ia ubahlah dengan lidahnya, jika tidak mampu, maka gunalah hatinya(dalam membenci dan tidak meredhai berlakunya kemungkaran itu) dan yang demikian selemah-lemah iman."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menyatakan langkah-langkah yang patut diambil oleh seseorang Muslim dalam usahanya mencegah kemungkaran. Ia juga secara jelas menunjukan persoalan iman yang berkaitan rapat dengan dakwah. Kemampuan seseorang dalam mencegah kemungkaran ialah salah satu unsur penting dalam dakwah. Ia adalah ukuran keimanan kepada Allah S.W.T. dalam menghadapi masyarakat Islam yang sedang diselubungi dengan kerosakan akhlak disebalik kilauan kemajuan dan ketamadunan yang mempesonakan. Walaupun, kita sering mendabik dada dan berasa megah kerana kita berasa selesa dalam dunia yang serba moden dan canggih ini, kita perlu beringat bahawa sesuatu kemajuan yang dicapai ini tidak bermakna dan tidak boleh dibanggakan jika celahannya tersusun seribu satu keruntuhan akhlak serta terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakatnya. Hari demi hari, keadaan umat islam tidak menunjukkan kemajuan dari segi penghayatan agamanya dan ini boleh mengundang kekhuatiran dan kebimbangan kepada mereka yang mengambil berat dan prihatin atas nasib umat ini. Gejala-gejala asing yang buruk yang entah dari mana asal-usulnnya telah menjadi amalan masyarakat kita.

Gaya hidup manusia yang mendaulatkan keduniaan dan bertuhankan hawa nafsu semata-mata telah menyimpang jauh daripada prinsip keTuhanan yang satu. Punca kepada masalah ini adalah daripada kegagalan semua lapisan masyarakat dalam menggalas tugas sebagai da'ie. Ini termasuklah kegagalan individu, institusi keluarga, dan institusi masyarakat dalam membimbing dan mendidik anggota masyarakat berpandukan ajaran islam dan kecuaian pihak-pihak yangberwajib menyediakan persekitaran yang membenihkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Kecuaiyan dan kelesuan dalam menghayati dakwah inilah yang membawa kesan negatif kepada umat keseluruhannya. Oleh yang demikian, semua umat Islam perlu sama-sama bangkit dari kelesuan ini. Seterusnya menyusun usaha dalam menghayati dan melaksanakan tugas dakwah dengan penuh ikhlas dan mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Muslimin dan Muslimat yag dirahmati,

Adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim tidak mengira kedudukan dan gelaran menjadikan dakwah sebagai agenda hidup yang paling penting. Semangat dan ruh seperti inilah yang menyerap dalam urat nadi dan hembusan nafas generasi awal islam hasil didikan langsung daripada Rasulullah S.A.W. Mereka menjadi umat yang terbaik dalam sejarah umat manusia kerana keimanan yang teguh dan ketinggian penghayatan terhadap dakwah dan riisalah Nabawi. Akhirnya, saya menyeru diri sy termasuk pembaca-pembaca, marilah kita menanam azam dalam diri kita untuk menjalankan usaha dakwah dan tidak mencuaikan agar kita sentiasa berada dalam rahmat allah S.W.T. yang amat luas dan terhindar daripada laknat Allah S.W.T. yang amat berat siksanya...
WalaAllahualam...